James Jemut Masing meninggal dunia

0
418

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dilapor meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Mendiang dipercayai meninggal dunia di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching, Sarawak.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu, sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan

Mendiang ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh dan meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Fiona Masing serta dua orang anak.

Berita kematian tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Janang Bungsu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Adun Baleh sejak 1983 itu memulakan kerjaya politik secara aktif dengan menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah terbubar sekarang sebelum bersama-sama beberapa pemimpin lain untuk menubuhkan PRS pada 2004.

Beliau menyertai Kabinet negeri sebagai Menteri Pelancongan pada 1996 dan seterusnya memegang tiga portfolio lain selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Baleh selama lapan penggal berturut-turut, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sarawak pada 23 Januari 2017 – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here