PAS elok tanding guna logo sendiri, kata Tuan Ibrahim

0
264

TIMBALAN Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS seeloknya bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Katanya, ini kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo PAS dalam PRN Melaka nanti.

“Fikir-fikirkan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pusat PAS dijangka membincangkan penglibatan parti isu dalam PRN Melaka dalam masa terdekat.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama PH menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here