[VIDEO] Bajet 2022: Bantuan awal persekolahan dinaikkan RM150

0
386

KERAJAAN bersetuju menyediakan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar pada tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah itu naik berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.

Katanya, bantuan itu kelak akan memanfaatkan 3 juta murid layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menerima peruntukan terbesar dalam Bajet 2022 iaitu sebanyak RM52.6 billion. Ia adalah jumlah terbesar dalam Bajet 2022.

Tengku Zafrul berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula menerima peruntukan sebanyak RM14.5 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here