Bajet 2022: RM1 bilion selenggara dan perbaiki sekolah

0
472

KERAJAAN menyediakan sejumlah RM1 bilion melalui Bajet 2022 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah tahun depan .

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan itu termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia bertujuan bagi urusan menyelenggara termasuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar, meningkat berbanding RM100 juta tahun ini.

“Peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam.

“Bagi 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan juga SJK Tamil,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, bajet kali ini kekal mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting
perbelanjaan negara.

“Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah 52.6 bilion ringgit atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan. Manakala, Kementerian Pengajian Tinggi bakal diperuntukkan sejumlah 14.5 bilion ringgit,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here