Bajet 2022: Cecair nikotin vape kena cukai

0
452

KERAJAAN bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin, yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan juga bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha kerajaan dalam menjayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Tengku Zafrul berkata, aspek kesihatan awam juga akan diberi perhatian.

“Dalam memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat.

“Dalam sesi sembang santai bersama anak muda, Dr Shantesh Kumar telah membangkit isu berkenaan penyakit jarang jumpa. Oleh itu, Kerajaan akan memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia,” katanya.
seperti lisosomal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here