[VIDEO] Wanita warga asing dikecam kerana enggan patuhi SOP

Tuduh mereka yang pakai penutup muka komunis dan tuntut diberikan keistimewaan pada dirinya

0
483

CUBAAN seorang wanita berbangsa asing memasuki sebuah butik terkenal  tanpa pelitup muka berakhir dengan pergaduhan apabila cuba dilarang perkerja di butik tersebut.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali dengan nama akaun @DFEfiercefun telah memuat naik satu video menunjukkan seorang wanita warganegara luar bergaduh dengan pekerja sebuah butik terkenal selepas tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka.

Selain itu, menerusi video berdurasi 23 saat itu, wanita berbangsa asing itu juga dikatakan menuduh mereka yang memakai pelitup muka ini merupakan komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih kepada pekerja butik terkenal itu.

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter tersebut sempat menyelit pujian atas tindakan pantas serta tegas pekerja butik tersebut yang menghalang kemasukan wanita tersebut kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna twitter telah meninggalkan komen dengan mengecam tindakan wanita itu yang dilihat tidak menghormati peraturan negara Malaysia serta tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan KKM. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here