[VIDEO] Politik orang muda: Peluang sentiasa ada, Muhyiddin nasihat jangan gopoh

Perkembangan politik semasa satu proses pembelajaran, pemahaman untuk mereka menjadi pemimpin yang lebih baik, bermaruah

0
236

TANGGAPAN negatif golongan muda terhadap senario politik semasa dan kecenderungan mereka untuk menyalahkan golongan tua atas apa yang berlaku di dalam negara adalah disebabkan tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin negara.

Menurut Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan segelintir kelompok yang menyentuh perkara-perkara sensitif dan mengabaikan nilai-nilai murni dalam berpolitik ketika ini menjadi penyumbang kepada perspektif negatif golongan muda negara.

Justeru, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu menasihatkan golongan muda tidak berterusan berasa kecewa dengan sinario politik semasa kerana ia merupakan satu proses mempelajari bagaimana sebuah negara dibentuk.

“Senario politik seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain dan banyak dipengaruhi oleh aspek budaya dan sebagainya.

“Malaysia mempunyai banyak kepelbagaian yang menjadikannya istimewa dan sebagai ahli politik kita harus mempelajari bagaimana untuk menguruskan kepelbagaian masyarakat yang ada di dalam negara ini,” dalam program temu bual siaran langsung yang diadakan oleh GarasiTV pada Selasa.

Muhiddin selanjutnya menjelaskan, sememangnya golongan muda akan berasa tidak faham dengan apa yang berlaku dalam politik negara kerana mereka telah mempunyai satu idealisma yang terbentuk daripada apa yang berlaku pada ketika ini.

“Saya juga sama seperti mereka ketika muda dahulu, tidak faham kenapa politik tidak elok sebegitu rupa dan ini adalah satu perkara yang bukan golongan itu kehendaki.

“Saya faham aspirasi mereka yang mahukan perkara yang elok-elok sahaja,” jelas beliau.

Oleh itu, kata Muhyiddin, golongan muda perlu memahami bahawa ini bukan sahaja satu proses pembelajaran dan pemahaman supaya apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menjadi pemimpin yang lebih baik dan mengetahui apa yang harus dilakukan.

Muhyiddin juga menasihatkan agar golongan muda mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku dan tidak mengulanginya dan menjadi pemimpin yang lebih baik dan bermaruah di masa hadapan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here