Tidak perlu tunggu 14 hari untuk tunai Umrah

0
235

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi semalam memutuskan untuk tidak lagi mensyaratkan tempoh penantian selama 14 hari untuk jemaah membuat tempahan bagi mengerjakan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi Kementerian berkenaan, Dr. Amr Al-Maddah, ketika mengumumkan perkara ini menyatakan, kapasiti Masjidil Haram untuk menampung bilangan pengunjung menunaikan umrah dan bersolat kini meningkat dengan ketara berikutan tindakan melonggarkan langkah-langkah pencegahan, lapor Arab News.

Pada 16 Oktober lalu, Kementerian Dalam Negara menarik balik sekatan terhadap operasi dan juga kapasiti yang dikenakan seluruh negara termasuk melibatkan Masjidil Haram di Mekah dan juga Masjid Nabawi di Madinah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here