Mamat Khalid meninggal dunia

0
983

Dunia seni kehilangan seorang lagi insan hebat apabila pengarah popular Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas kira-kira pukul 12.30 malam dipercayai akibat serangan jantung dan perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Persatuan Seniman, Hafiz Napiah.

Difahamkan Mamat pengsan di restorannya yang terletak di Tanjung Malim dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

“Dukacita dimaklumkan saudara Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhir sebenar tadi pada usia 58 tahun. Allahyarham dikejarkan ke hospital dan menghembuskan nafas terakhir sebelum tiba di sana.

“Menurut maklumat yang diperolehi, jenazah akan dibawa ke Ipoh, Perak untuk pengkebumian,” kata Hafiz.

Dalam pada itu, di media sosial rakan-rakan industri sudah mula mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Innalillahiwainnaillahirojiun. Perginya seorang seniman hebat. Seoga Abang Mat ditempatkan didalam golongan orang orang soleh,” titip Datuk Hattan melalui Facebook miliknya.

Mamat yang juga merupakan adik kepada kartunis Datuk Lat, meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak.

Sepanjang bergelar pengarah, Allahyarham banyak menghasilkan filem pecah panggung termasuklah Hantu Kak Limah, 18 Puasa dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here