[VIDEO] Polis ambil keterangan pemandu lori rempuh kereta parkir di Putrajaya

0
342

POLIS sudah mengesan pemandu lori yang didakwa merempuh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada semua pihak yang terlibat.

“Apa pun kita akan siasat dahulu untuk dapatkan maklumat punca sebenar kejadian,” katanya dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

A. Asmadi berkata, sebanyak 10 kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan.

Bagaimanapun tiada  kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan daripada kejadian itu yang turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

A. Asmadi tidak menolak kemungkinan kenderaan yang diparkir di bahagian kiri dan kanan jalan itu menghalang kelancaran laluan, sehingga menyebabkan kenderaan lain sukar untuk melepasi jalan berkenaan.

Menerusi rakaman video cctv yang berdurasi 31 saat itu, dapat dilihat sebuah lori berwarna putih merempuh beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan di kawasan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here