11 mangsa banjir positif Covid-19

0
339

SEBELAS mangsa banjir di daerah Sepang, Selangor disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). 

Pegawai Daerah Sepang, Khairi AzaliIbrahim, berkata individu yang positif dikesan di PPS Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Giching, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, SRA Gincing, SRA Labu Lanjut dan balai raya MPKK Giching. 

Beliau berkata, individu yang positif dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan Hospital Serdang bagi menjalani rawatan. 

Katanya, setakat pagi tadi jumlah yang dipindahkan ke PPS mukim Labu seramai 143 orang dan mukim Sepang seramai 283 orang.

Air mula surut di Kampung Giching, Kampung Salak Tinggi,

Kampung Cinchang, Kampung Cemperai, Pusat Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Ampar Tenang,” katanya.

Khairi Azali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, berkata kawasan yang masih belum surut adalah Taman Dataran Abadi, Labu Lanjut, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Warisan dan Kampung Sri Tanjong.

Beberapa kawasan di Dengkil dan Labu dinaiki air sejak petang Rabu lalu apabila hujan lebat yang turun sehingga menyebabkan ban Sungai Labu pecah dan air Sungai Langat melimpah ke kawasan penduduk. – SB


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here