[VIDEO] Lori rempuh kereta parkir tepi jalan di Putrajaya

0
533

BEBERAPA buah kenderaan yang diparkir di tepi jalan rosak selepas dilanggar oleh sebuah lori pada hari ini.

Kejadian lori merempuh kereta yang parkir di tepi jalan itu dikatakan berlaku di Kompleks E, Putrajaya.

Menerusi rakaman video cctv yang berdurasi 31 saat itu, dapat dilihat sebuah lori berwarna putih merempuh beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan di kawasan tersebut.

Namun, rata-rata pengguna facebook memberikan reaksi menyatakan ianya salah individu yang meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.

Selain itu, menerusi satu lagi video yang tular menunjukkan rakaman dari seorang penunggang motor yang memaparkan beberapa buah kenderaan yang sudah dilanggar dan terdapat beberapa kesan calar malah ada yang sehingga tercabut cermin sisi angkara dilanggar lori tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here