[VIDEO] Maulidur Rasul: Mengingati peristiwa penting Nabi Muhamad SAW

0
698

Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Juga digelar Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim.

Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 Rabiulawal/20 April 571M (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah al-Mukarramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah As-sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Kisah Nabi Muhammad

Usia 5 tahun: Peristiwa pembelahan dada baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan.

Usia 6 tahun: Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dijaga oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

Usia 8 tahun: Datuk baginda, Abdul Muttalib meninggal dunia. Baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Usia 9 tahun: Baginda mengambil upah mengembala kambing bagi penduduk kota Mekah dengan mendapat upah yang sedikit.

Usia 12 tahun: Bersama saudaranya, Abu Talib, bermusafir ke Syam buat kali pertama atas urusan perniagaan di Kota Basrah Negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bukharra bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan mengenai perutusan seorang Nabi dalam kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 14 / 15 tahun: Terbabit dalam peperangan Fijar. Baginda menyertai peperangan dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan perang berkenaan.

Usia 20 tahun: Baginda menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Kota Makkah.

Usia 25 tahun: Musafir kali kedua ke Kota Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid. Perjalanan Nabi ke Syam ditemani oleh seorang lelaki (orang suruhan Khadijah) yang dikenali sebagai Maisarah (penunjuk jalan). Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa bapa saudara Nabi pergi bertemu Amru bin Al-Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Usia 35 tahun: Banjir besar melanda Kota Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar dan penduduk Kota Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya, sekali gua meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu berkenaan.

Usia 40 tahun: Menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di puncak Jabal Nur (Bukit Cahaya) sebagai pelantikan Nabi dan Rasul akhir zaman.

Usia 53 tahun: Berhijrah ke Madinah al-Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar As-Siddiq. Rombongan tiba pada tanggal 12 Rabiul Awwal 01 Hijrah/24 September 622 Masihi.

Usia 63 tahun: Rasulullah SAW wafat di Madinah al-Munawwarah. Wallahualam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here