Tak dibayar rupanya… Fida Ibrahim beri amaran

0
515

KERJA sudah dilakukan tetapi bayaran masih belum diterima. Itu juga nasib yang dialami Rafidah Ibrahim apabila mendedahkan perkara tersebut kepada umum menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Rafidah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fida memberikan amaran kepada syarikat tersebut agar tidak lagi menggunakan hasil kerja lamanya serta wajahnya lagi di mana-mana platform.

“Hari ini saya mahu membuat pengumuman bahawasanya saya tidak lagi bersama dengan company lama iaitu Arisprop/Aris Burger. Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan sokongan kepada saya selama ini, sepanjang saya dengan syarikat berkenaan.

“Dengan itu, saya memohon pihak syarikat untuk tidak lagi menggunakan segala hasil kerja atau pun wajah saya di mana-mana medium sekalipun,” tulisnya lagi.

Tangkap layar hantaran Rafidah Ibrahim di akaun Instagram miliknya.

Jelasnya lagi dia terpaksa melakukan perkara tersebut memandangkan pihak syarikat masih menggunakan hasil kerja yang dilakukan meskipun sudah diberi amaran.

Sambil menegaskan belum menerima sebarang bayaran, dia berharap pihak tersebut berasa malu sekiranya tidak mampu melangsaikan bayaran tersebut.

“Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, saya tegaskan untuk menurunkan segala (bahan promosi) termasuklah video TVC yang dihasilkan oleh saya,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Apa Kono Eh Jang.

Untuk rekod, Fida, 35 tahun baru sahaja bernikah dengan Shahzemir Shahzulkarib, 37, Mei lalu. Lelaki berkenaan juga merupakan pengurus kerjaya seninya sejak 10 tahun yang lalu.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here