Lelaki maut, motosikal ditunggang langgar pejalan kaki mabuk

0
226

SEORANG lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seorang pejalan kaki yang disyaki mabuk di Kilometer 375.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Slim River, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa berusia 60-an yang menunggang motosikal jenis Keeway itu, sedang dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Selayang, Selangor.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang menunggang di lorong kecemasan telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sulizmie Affendy berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River dan bedah siasat akan dijalankan setelah keputusan ujian calitan COVID-19 diperoleh.

Sementara itu, pejalan kaki berusia 50-an yang mengalami kecederaan turut dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here