Pekerja kedai perabot maut ditetak di rumah sewa

0
439

SEORANG pekerja kedai perabot ditemui meninggal dunia dengan kesan tetakan di badan, di sebuah rumah sewa di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan, Selangor, semalam

Lelaki berusia 43 tahun itu disyaki dibunuh di sebuah rumah papan dan polis menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 6.07 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pemeriksaan awal mendapati, terdapat beberapa kesan tetakan pada kepala, rusuk kanan, belakang badan dan lengan mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di kedai perabot sejak 20 tahun lalu itu tinggal berseorangan menyewa di bilik rumah berkenaan sejak lima tahun lalu.

“Tempat kejadian rumah papan satu tingkat yang tidak berpagar. Dalam rumah itu, ada beberapa bilik yang disewakan menggunakan papan sebagai dinding. Tiada saksi kejadian dikesan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Rozairy di talian 011 1122 8545.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here