Jurujual kekal dilepas, dibebaskan kes kematian 8 remaja basikal lajak

0
397

JABATAN Pendakwaan Negeri Johor akan membuat rayuan keputusan Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, berkata, rayuan berkenaan akan difailkan dalam masa terdekat.

“Kita akan berbincang dahulu dengan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, sebelum memfailkan rayuan dalam tempoh 10 hari ini,” katanya selepas prosiding di Mahkamah Majistret.

Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Siti Hajar Ali selepas Sam Ke Ting, 26, diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.

Sementara itu, Ke Ting mengelak daripada media dan enggan memberikan sebarang ulasan terhadap keputusan mahkamah itu.

Sementara itu, peguam Ke Ting, Muhammad Faizal yang ditemui pula, turut enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah itu.

“Buat masa ini, kami tiada sebarang komen.

“Kes masih belum selesai, kita jangka pihak pendakwaan akan buat rayuan,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here