Jepun ucap tahniah kepada Muhyiddin atas kejayaan program vaksinasi

0
333

BEBERAPA hari lagi, negara akan mencapai 90 peratus penduduk dewan divaksinasi. Ia sekaligus akan membolehkan rentas negeri dibenarkan – saat yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat.

Dan pada masa ini juga hampir semua sektor ekonomi telah dibuka, paling menarik tiada lagi negeri berada di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun semua ini boleh tercapai?

Suka atau tidak, tiada sesiapapun menafikan fakta bahawa kejayaan Malaysia yang semakin pulih daripada pandemik Covid-19 dan bergerak ke fasa endemik adalah hasil perancangan kerajaan ketika di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaupun beliau ‘tersingkir’ berikutan dakyah slogan ‘kerajaan gagal’ dan tindakan 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap beliau, tetapi kini segala-galanya sudah terbukti.

Melalui perancangan teliti kerajaan diterajui Muhyiddin mulai Mac 2020 hingga 16 Ogos lalu termasuklah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia kini semakin pulih dan sekaligus membuktikan slogan ‘kerajaan gagal’ yang dicanangkan oleh pembangkang dan beberapa pemimpin kanan UMNO hanya dakyah bermotif politik semata-mata.

Atas sebab itulah negara-negara luar tetap mengiktiraf usaha Muhyiddin dan ia terbukti apabila Jepun melalui Duta Besarnya ke Malaysia, Hiroshi Oka mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Muhyiddin di atas kejayaan proses vaksinasi yang telah dimulakan sejak awal wabak melanda.

Ucapan itu disampaikan ketika Oka membuat kunjungan hormat ke atas Muhyiddin di pejabat bekas Perdana Menter itu di Kuala Lumpur.

Hasil proses vaksinasi yang pantas dan teliti kini dapat dilihat melalui pengurangan kes-kes Covid-19 pada waktu ini.

Muhyiddin dan Oka berharap kes Covid-19 di Malaysia-Jepun akan terus berkurangan dan interaksi rakyat di antara kedua-dua negara dapat disegerakan.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Jepun yang menyumbangkan satu juta dos vaksin Astra Zeneca dan peralatan perubatan kepada Malaysia Julai lalu.

Ini merupakan kunjungan kedua beliau ke atas Muhyiddin pada tahun ini. Kali pertama April lalu.

Kedua-dua mereka turut menyentuh mengenai pemulihan ekonomi negara, dan sebagai Pengerusi, Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin turut mengambil maklum isu-isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dari Jepun di Malaysia, terutamanya dalam isu kekurangan tenaga mahir. Isu tersebut akan dibawa kepada perhatian MPN dalam waktu terdekat.

MUHYIDDIN ketika menyambut Menon yang melawat beliau kelmarin. – FOTO FB MUHYIDDIN YASSIN

Kelmarin, Muhyiddin menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Muhyiddin berkata, mereka bersetuju hubungan dua hala Malaysia-Singapura akan terus diperkasakan dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam aspek menangani wabak Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak Covid-19.

‘’Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, saya menekankan kepentingan pemulihan ekonomi Malaysia dan Singapura dan interaksi rakyat yang terjejas akibat penutupan sempadan kedua-dua negara.

‘’Saya telah mencadangkan perbincangan pembukaan sempadan dengan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan kepada rakyat kedua-dua negara yang telah memperoleh vaksinasi penuh dapat dimuktamadkan dengan kadar segera,’’ katanya.

Muhyiddin berkata,  Vanu Gopala Menon turut menyampaikan jemputan kepada beliau untuk berucap di 13th Leaders in Administration Programme secara virtual pada November ini yang akan turut dihadiri oleh penjawat-penjawat awam kanan Singapura dan eksekutif-eksekutif kanan Badan-Badan Berkanun di Singapura. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here