[VIDEO] Terkejut buaya ‘intai’ anak mandi laut

0
486

SETELAH sekian lama terperap di rumah, kebenaran melakukan aktiviti riadah di kawasan awam telah pun dibuka dan mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

Pantai dan sungai menjadi lokasi tumpuan untuk orang ramai meluangkan masa bersama keluarga untuk beriadah dan berkelah.

Namun, lain pula yang jadi terhadap seorang pengguna Tiktok ini apabila dia menyedari rupanya ada seekor buaya sedang memerhati keluarganya yang sedang mandi di tepi pantai.

Menerusi video berdurasi 48 saat itu, dapat dilihat pemilik Tiktok tersebut beriadah di sekitar Pantai Kuala Sibuti, Miri, Sarawak.

Pemilik tiktok itu menyatakan bahawa niat asalnya cuma ingin berjalan dan menaiki ATV sekitar pantai sahaja namun akhirnya dia dan suami terpaksa layankan permintaan anak-anak untuk mandi di tepi pantai tersebut.

Bagaimanapun, pengguna Tiktok tersebut dan keluarganya selamat walaupun buaya tersebut berada berdekatan dengan mereka ketika itu.

SatuBerita cuba mendapatkan maklum balas daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengenai kejadian ini.

Bagaimanapun agensi tersebut hanya mengatakan oleh kerana ketiadaan maklumat mengenai perkara itu mereka tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat masa ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here