PKPD di dua lokaliti di Pahang bermula 10 Oktober

0
233

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang dari 10 hingga 23 Oktober nanti.

Menurut Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md. Saad, dua lokaliti terbabit ialah Pos Sinderut dan Perkampungan Orang Asli di Pos Lejang serta Pos Titom, Mukim Ulu Jelai di Lipis.

“Keputusan melanjutkan PKPD itu dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

“Selain itu, tiga lokaliti di Sabah dan tiga lagi di Pahang ditamatkan PKPD pada 9 Oktober seperti dijadualkan.

“Lokaliti tersebut adalah Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan di Ranau serta Base Camp Bornion Timber Sdn Bhd, Batu 46, Tulid, Sook, Keningau di Sabah.

“Selain itu tiga lokaliti di Pahang ialah Kampung Pasu dan Kampung Penderas di Kuala Krau serta Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab di Temerloh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here