Menyamar gemuk untuk simbah asid pada bekas kekasih

0
229

SEORANG pelajar jurusan perubatan menghadapi penjara selama 15 tahun selepas didakwa menyamar dengan memakai sut yang menampakkan dirinya seperti orang gemuk sebelum menyimbah asid ke arah bekas teman wanitanya dalam satu kejadian di Brighton, United Kingdom.

Tertuduh, Milad Rouf menyamar menjadi orang gemuk termasuk memakai solekan dan cermin mata hitam, datang dan mengetuk pintu rumah mangsa, Rym Alaoui sebelum menyimbah asid sulrufik ke arah mangsa yang juga merupakan bekas rakan sekerjanya.

Menurut laporan Daily Mail, Rym Aloaui yang juga seorang doktor junior kini menerima kecederaan yang mengubah hidupnya susulan kejadian itu yang mana dia kini tidak dapat menutup mata akibat kecederaan di bahagian kelopak mata, tidak boleh menggerakkan lehernya, serta buta mata kanan.

Siasatan yang dilakukan di kediaman Rouf menemukan satu senarai beli belah termasuk ‘sut gemuk’ dan sut ‘morph’ berwarna hitam.

Difahamkan asid sulfurik yang digunakan begitu pekat sehingga menanggalkan cat di pintu depan kediaman Alaoui.

Pendakwa raya, Flora Page memaklumkan mahkamah bahawa Rouf menyamar menjadi seorang wanita berkulit hitam yang bertubuh besar serta memakai pelitup muka dan cermin mata hitam sebelum menyimbah asid ke arah Alaoui pada hari kejadian.

Samaran Rouf terbukti efektif apabila mangsa tidak dapagt mengecamnya ketika membuka pintu rumahnya.

Ketika kejadian, Rouf menunjukkan satu nota kepada Alaoui dan menyimbah asid kearahnya ketika Alauoi membaca nota tersebut sebelum membuang pakaian samaran ke dalam tong sampah di bandar seberang dan membeli pakaian baru untuk melarikan diri kembali ke Wales.

Rouf dan Alaoui bersama-sama belajar dalam bidang perubatan di Universiti Cardiff di mana mereka mempunyai hubungan yang singkat sebelum Alaoi mengakhirinya dan berpindah ke Brighton pada April.

Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas Rouf, Christine Laing QC, menyifatkan tiada motif lain dalam serangan itu selain cemburu dan berang kerana ditolak ketika mempunyai hubungan.

Alauoi turut menyatakan dalam satu kenyataan bahawa dirinya bimbang dengan masa hadapannya yang setelah Rouf sekaligus meragut kerjayanya dan kehidupan sebagai seorang belia—SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here