[VIDEO] Anggota tentera disyaki cabul wanita kedai vape ditahan

0
569

ANGGOTA tentera yang disyaki mencabul seorang wanita dengan menjilat tangan mangsa di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Kuala Lumpur, kelmarin, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, jam 12.30 tengah malam tadi.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas pakaian seragam yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian.

“Siasatan awal mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Oktober nanti.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat, Kuala Lumpur, trauma selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari kelmarin.

Farouk berkata, mangsa cuba mengawal keadaan itu dan memberitahu suspek terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam kedai menyebabkan suspek melepaskan tangan mangsa dan terus beredar dari tempat kejadian. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here