[VIDEO] Sebutan semula kes dadah Zarina Anjoulie ditetapkan 11 November

0
297

MAHKAMAH Majistret Seremban hari ini menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dadah melibatkan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie pada Jun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Majistret, Mohd. Firdaus Salleh, selepas proses penyerahan dokumen selesai dilakukan hari ini.

Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban pada pukul 8.40 pagi dengan berpakaian jubah lengkap dengan selendang hitam bersama dua peguamnya.

Pada prosiding itu, pihak pembelaan telah menerima dokumen berhubung kes tersebut daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zainul Hashimi.

Ia diserahkan pihak pendakwaan kepada peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar dan Fadhli Sutris.

Sementara itu, Zarina berkata, dia bersama pihak peguam akan berusaha yang terbaik untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya.

Pada 13 September lalu, Zarina dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine.

Mengikut pertuduhan, Zarina dituduh menggunakan dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, pada 29 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here