PH Melaka tiada rancangan menghadap Agong

0
310

PAKATAN Harapan (PH) Melaka setakat ini tiada rancangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pengerusinya, Adly Zahari dalam kenyataan di Facebook berkata, fokus utama PH kini adalah membawa pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran berkenaan.

Semalam, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilapor berkata 15 bekas ADUN Melaka akan ke Istana Negara (di Kuala Lumpur) hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka berhubung ketidakpuasan hati mengenai pembubaran DUN itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN  Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt daripada Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri yang dipimpin UMNO hilang majoriti dalam DUN.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here