Lima kakitangan hospital direman berhubung rasuah pengurusan jenazah

0
253

LIMA kakitangan sebuah hospital direman lima hari mulai hari ini selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Perintah reman kelima-lima suspek yang bermula hari ini sehingga 11 Okt depan itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber kesemua suspek berusia antara 34 hingga 44 tahun itu dipercayai terlibat dalam kegiatan  rasuah itu sejak 2019 hingga tahun ini membabitkan jumlah suapan RM22,000.

Difahamkan kesemua suspek itu ditahan sekitar 3 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here