[VIDEO] Tarikh majlis pasangan Uqasha, Kamal semakin hampir?

0
312

TARIKH perkahwinan pasangan pelakon terkenal Uqasha Senrose dan Kamal Adli nampaknya semakin hampir apabila masing-masing dilihat sibuk melakukan persiapan akhir sebelum bergelar raja sehari.

Kamal Adli menerusi Instagramnya memuatnaik sekeping gambar Uqasha yang diraikan dalam majlis meraikan bakal pengantin perempuan (bridal shower) di sebuah restoran bersama adik-beradik dan sepupunya, semalam.

“So cantik, Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan,” tulis Kamal Adli di perkongsiannya.

Manakala dalam video yang dimuat naik menerusi InstaStory sepupunya, Aprena Manrose, dilihat Uqasha menghadiahkan rantai loket buat semua pengiring pengantin perempuan.

Menguatkan lagi desas-desus pasangan tersebut bakal berkahwin dalam waktu yang terdekat apabila Kamal baru-baru ini mengukur baju di beberapa butik jenama popular.

Dalam dua video pendek yang dimuat naik dalam InstaStory, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, dilihat sibuk diambil ukuran badan oleh pereka fesyen tersohor tanah air.

Sungguhpun begitu sehingga kini, pasangan popular itu masih belum mendedahkan tarikh pernikahan mereka kepada umum.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka. – SB 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here