Lelaki maut dalam serbuan polis

0
369

SEORANG lelaki dipercayai pengedar dadah, meninggal dunia selepas serbuan polis di rumahnya di sebuah pangsapuri di Taman Dato Senu, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, anggota polis dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, menyerbu satu unit kediaman di Blok 209, selepas menerima maklumat awam tentang pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata lelaki itu bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dan cuba mencapai sebilah sabit, tetapi anggota polis berjaya menggarinya.

Bagaimanapun, katanya, tidak lama selepas itu suspek pengsan dan pegawai perubatan yang tiba 10 minit kemudian mengesahkan kematiannya.

Turut berada dalam rumah semasa serbuan ialah ibu serta tiga lagi anak saudara si mati.

“Polis turut menemui sejumlah dadah jenis methapitamine dan heroin.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pada peringkat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here