9,380 kes baharu, Sarawak, Kelantan tertinggi

0
272

TREND kes baharu Covid-19 negara yang berada sekitar 8,000 kes selama dua hari berturut-turut terganggu selepas penularan harian wabak itu untuk hari ini kembali meningkat kepada 9,380 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes hari ini menyaksikan hari keempat berturut-turut kes baharu berada di bawah angka 10,000.

Sarawak, Kelantan dan Selangor bukan tiga negeri dengan catatan kes tertinggi iaitu masing-masing 1,503 kes; 1,170 kes dan 1,116 kes.

Manakala Johor menjadi negei terbaharu merekodkan kes baharu empat angka iaitu sebanyak 1,105 kes.

Data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pula menunjukkan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 2.3 juta.

Sementara itu, Melaka yang bakal menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN pula mencatatkan 200 jangkitan baharu hari ini.

Turut merekodkan kes bawah angka 500 ialah Kuala Lumpur (214 kes) dan Negeri Sembilan (191 kes).

Terendah hari ini ialah Labuan (lapan kes), Putrajaya (18 kes) dan Perlis (42 kes).

Baca artikel berkaitan: Khairy saran buat ujian saringan Covid-19 lebih kerap bila rentas negeri dibenarkan

88.4 peratus dewasa divaksin, kurang dua peratus capai sasaran

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 6 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,380 kes (2,303,837 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,116 (684,768)
Sarawak – 1,503 (219,629)
Sabah – 790 (202,668)
Johor – 1,105 (201,939)
WPKL – 214 (187,301)
Kedah – 556 (138,549)
Pulau Pinang – 623 (134,447)
Kelantan – 1,170 (121,503)
Perak – 629 (106,369)
Negeri Sembilan – 191 (98,264)
Pahang – 511 (68,411)
Melaka – 200 (59,810)
Terengganu – 704 (59,685)
WP Labuan – 8 (9,982)
WP Putrajaya – 18 (6,290)
Perlis – 42 (4,222)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here