[VIDEO] Wanita nyaris maut digilis trak pikap

0
344

SEORANG wanita nyaris maut digilis oleh sebuah trak pikap ketika cuba melintasi sebatang jalan raya yang sesak dipercayai di Pandamaran, Klang, petang semalam.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 19 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, FV Lew, seorang wanita kelihatan menuntun sebuah basikal melintasi jalan raya yang dipenuhi kenderaan tidak bergerak kerana berhenti di lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan yang sedang berhenti itu tiba-tiba bergerak sebaik lampu isyarat bertukar hijau mengakibatkan tayar belakang basikal milik wanita itu digilis oleh sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux.

Kejadian mendebarkan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dan wanita berkenaan dilihat bingkas berdiri untuk memeriksa basikalnya yang rosak teruk.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna Facebook berasa lega apabila wanita berkenaan dilihat bangun tanpa sebarang kecederaan dan mempersoalkan bagaimana pemandu tidak melihat mangsa yang sedang melintas.

“Kira kira pickup bukanlah tinggi sangat utk tidak nampak, tetapi akak itupun nampak macam kecik orangnya itupasal mungkin driver tu tak nampak,” kata Noh Hasan Noh di ruangan komen.

“Kokpit dalam 4×4 besar, memang tak nampak, mungkin yang bawa kereta tu pun comel, nasib baik tak ada apa-apa, syukur,” ujar Sya Nabella Kasturi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here