Kampung Pasir Kelang Kelantan kena PKPD lusa

0
272

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan sebahagian Kampung Pasir Kelang di Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPd) bermula Rabu ini hingga 19 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, tindakan tersebut diambil selepas meneliti penilaian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan COVID-19 di kawasan terbabit.

Jelasnya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“PKPD turut dilanjutkan di kawasan Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd, di Bukit Koman, Mukim Gali, Pahang bermula dari Rabu ini hingga 19 Oktober

“Pada masa sama, penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang manakala PKPD di Kampung Garib, Matunggong di Kudat, Sabah yang bermula pada 22 September lalu, ditamatkan esok, seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, begitu juga PKPD di Kampung Dusun Pak Senam di Mukim Ulu Jelai, Lipis Pahang yang bermula 8 Septemebr lalu yang ditamatkan mengikut jadual, esok.

Tambahnya, PKPD di tiga Rancangan FELDA di Bera, Pahang iaitu FELDA Rentam, FELDA Tementi dan FELDA Sebertak yang bermula pada 29 September juga ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada 12 Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here