Hotel ditutup sementara, lebih 50 pekerja dijangkiti Covid-19

0
422

Oleh RIZQI ZABIDI

Lebih 50 pekerja sebuah hotel terkenal di Langkawi didapati positif Covid-19 mengakibatkan lokasi penginapan tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu ketika ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo, penularan penyakit itu mempunyai kaitan dengan Kluster Dah Nibung yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Oktober lalu.

“Kluster ini dikategorikan sebagai kluster tempat kerja. Sehingga hari ini seramai 249 orang telah disaring dengan 59 didapati positif, 192 negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan.

“Sehingga hari ini, kluster ini hanya melibatkan pekerja tempatan dan kontak rapat ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati penularan jangkita disyaki bermula dari komuniti sebelum merebak ke tempat kerja.

“Semua kontak rapat telah dikenal pasti, dilakukan ujian saringan dan diberi arahan pengawasan di rumah (HSO) selama 10 hari.

“Sehingga kini penularan adalah terkawal dan didapati tiada pelancong yang dijangkiti virus berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here