Dua ditahan cuba seludup produk makanan sejuk beku RM17,484

0
322

DUA lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup pelbagai jenis produk makanan sejuk beku bernilai bernilai RM17,484 di pangkalan haram Syed Agil, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.

Suspek ditahan pada jam 6.30 petang ketika sedang memunggang barang ke dalam sebuah stor dan gagal menunjukkan sebarang dokumen sah yang berkaitan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota bertugas yang membuat rondaan ternampak sekumpulan lelaki memunggah kotak daripada sebuah lori jenis Hicom ke dalam stor di lokasi berkenaan.

Anggota kemudiannya menghampiri kumpulan lelaki itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, sebelum meminta dua lelaki warga tempatan berusia 26 dan 55 tahun untuk mengemukakan kad pengenalan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan dijalankan, namun tidak menemui sebarangan barangan yang salah. Anggota kemudian membuat pemeriksaan pada bahagian belakang lori dan menemui 480 kilogram (kg) daging sejuk beku serta 16 kotak mengandungi pelbagai produk lain.

“Anggota menyemak dokumen barangan yang dibawa namun semakan mendapati ia meragukan dan tidak lengkap kerana tiada surat pelepasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kedua-dua suspek ditahan manakala lori dan barangan dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang bagi siasatan lanjut ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu Azhari turut berkongsi kejayaan PGA7 merampas 200 biji pil kuda bernilai RM2,000 ketika serbuan dijalankan di sebuah rumah di Kampung Kubang Kedepel, di sini semalam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here