Noorainee dahului senarai penerima anugerah tertinggi Sabah

0
826

ISTERI bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendahului senarai penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah – Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima – sempena sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-68.

Turut menerima darjah sama hari ini ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Mohd Zuki Ali; Panglima Tentera Darat Tan Sri Zamrose Mohd Zain; dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Bekas pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei adalah antara 10 individu yang menerima anugerah Jaksa Pendamai (JP). Seorang lagi adalah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yassin, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya tersenarai antara 66 penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut tersenarai sebagai penerima PGDK ialah Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Ag Alip; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Karunanithy a/l Y Subbiah; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain; dan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.

Penerima lain yang berada dalam senarai PGDK termasuk Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed; Pengarah Jabatan Kerja Raya Ali Ahmad Hamid; dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Bernard Liew Chau Min.

Seramai , 95 orang yang berada dalam senarai penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) termasuk Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Kurup; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy; dan ADUN Pintasan Fairuz Renddan.

Sementara itu, 233 penerima anugerah Ahli Darjah Kinabalu (ADK) manakala, Bintang Setia Kinabalu (BSK) diberikan kepada 346 penerima dan 400 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 142 Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here