2 Ahli Parlimen UMNO sekutu Najib tarik sokongan terhadap Muhyiddin diberi jawatan dalam kerajaan

Azalina dilantik penasihat khas PM, Ahmad Jazlan pengerusi Felcra

0
204

DUA Ahli Parlimen UMNO sekutu Datuk Seri Najib Razak yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dilantik memegang jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Machang, Datul Ahmad Jazlan Yaakub masing-masing dilantik

sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang Dan Hak Asasi) dan pengerusi Felcra Bhd.

Azalina yang sebelum ini merupakan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat yang mana beliau Melepaskan jawatan itu pada 23 Ogos.

Beliau berkata, konflik antara peranan parti dan ahli Parlimen kerajaan sebagai antara alasannya selain menggesa jawatan speaker dan timbalan speaker dilantik dalam kalangan mereka yang tidak berpihak dan memegang jawatan politik.

Manakala Ahmad Jazlan yang merupakan Pengerusi UMNO Kelantan itu, meletakkan jawatan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia selepas menyatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Penarikan sokongan mereka berdua menjadikan majoriti dimiliki Muhyiddin rapuh sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here