[VIDEO] Risiko ‘main’ telefon ketika turun tangga LRT, MRT

0
593

DALAM era teknologi yang serba canggih ini , penggunaan telefon bimbit agak mudah untuk dijumpai di mana-mana sahaja bahkan ia menjadi satu keperluan untuk zaman ini. 

Namun, pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan telefon terutamanya apabila sedang berjalan atau memandu kerana aktiviti ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada anda.

Dapat dilihat menerusi video berdurasi 24 saat yang pernah tular sebelum ini menunjukkan seorang wanita di China yang tersalah langkah ketika turun tangga di stesen kereta api bawah tanah dan menyebabkan wanita tersebut jatuh.

Wanita tersebut yang dilihat terlalu menumpukan pada skrin telefonnya ketika dia menghampiri tangga sebelum dia tiba-tiba tersandung dan jatuh menghadap ke bawah dan menyebabkan kecederaan serius di wajahnya.

Menyedari hakikat ini, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa sedang berjalan kerana kita tidak sedar akan apa yang berada di hadapan kita.

Sibuk macam mana sekali pun, pastikan anda berada di tempat yang selamat atau berhenti seketika untuk menggunakan telefon untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here