[VIDEO] ‘Welcome to akhir zaman’ – Caprice

0
440

PENYANYI rap kontroversi, Caprice menyifatkan dunia kini sudah berada di akhir zaman apabila manusia gagal melihat kebenaran sebenar.

“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman.

“Kalau kalian tak faham Inggeris, saya faham tapi sekurang-kurangnya tolonglah faham al-Quran dan hadis,” ujarnya menerusi InstaStory di Instagram rasmi beliau.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33 tahun, itu membuat perbandingan itu sambil merujuk tindakan masyarakat yang enggan menerima kebenaran, sebaliknya mudah tertipu dengan penampilan luaran.

“’Menganjing’ benda paling minimum yang saya buat, apa yang melampau apabila seseorang menelefon gadis dan melayangkan aksi ciuman.

“Melampau apabila sesorang menghantar mesej kepada seorang wanita tanya ‘hang punya suami ada sebelah atau tidak’, itu melampau tapi adakah kalian cakap tentangnya?,” katanya 

Caprice yang juga aktivis kemanusiaan seterusnya memberi contoh kes membabitkan ahli politik satu ketika dahulu.

Tambahnya, sudah terang lagi bersuluh video yang sudah tersebar dalam kalangan orang ramai itu bukan bersifat palsu atau ‘deepfake’.

“Kalian tahu apa yang gila, dulu ada seorang ahli politik masuk penjara. Video tak jelas, tapi boleh masuk penjara.

“Yang ini, sudah terang kalian boleh nampak, namun masih ada yang kata benda ini ‘deepfake’,” tegas Caprice. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here