Tak puas guna simpati manusia, sindiket guna simpati haiwan tipu mangsa

0
210

POLIS Petaling Jaya menerima lima laporan berhubung kes penipuan kutipan sumbangan bagi perlindungan haiwan membabitkan kerugian lebih RM15,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima pada 10.35 pagi, 22 September lalu.

“Mangsa mendakwa memasukkan wang ke dalam dua akaun bank berbeza atas penama Erlang’s Dog dan ST Pets Journal.

“Pada hari ini (semalam), terdapat satu lagi laporan polis diterima daripada pengadu yang terlihat artikel di Facebook mengenai sebuah organisasi memelihara dan melindungi haiwan bagi mendapatkan derma serta sumbangan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak lima laporan polis mengenai isu sumbangan dan derma kepada organisasi yang menyamar sebagai pelindung serta pemelihara haiwan.

Menurutnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menyeru orang ramai yang menderma atau memberi sumbangan kepada organisasi berkenaan untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Mohamad Fakhrudin turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang hantaran yang meminta sumbangan atau derma di media sosial, selain membuat semakan dengan pihak polis terlebih dahulu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here