Garis panduan pemberian dos penggalak, dos ketiga dibangunkan-Khairy

0
260

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan juga dos penggalak.

Jelas beliau, perkara tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang akan datang.

“Di sini saya ingin maklumkan bahawa ada perbezaan antara dos ketiga dengan dos penggalak,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, Putrajaya, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here