KPM sediakan manual operasi penggiliran PdP

0
215

BAGI melicinkan perlaksanaan pengajian dan pembelajaran (PdP) secara penggiliran di semua sekolah 1 manual pengoperasian telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Manual pengoperasian PdP berkenaan akan menjadi panduan kepada guru besar, guru, pelajar, ibu bapa serta penjaga apabila sistem penggiliran murid dilaksanakan pada pada sesi persekolahan yang akan dibuka kelak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, manual berkenaan adalah bagi memastikan PdP secara penggiliran dapat dilaksanakan dengan baik sebaik sekolah dibuka mulai 3 Oktober ini.

“Sebelum sekolah dibuka untuk PdP bersemuka, guru akan menetapkan kumpulan murid dan giliran hadir ke sekolah.

“Kemudian, guru akan memaklumkan kepada setiap kumpulan murid mengenai persediaan yang perlu dilaksanakan ketika menjalani PdP di Rumah (PdPR) secara sendiri atau sebelum hadir ke sekolah untuk PdP bersemuka,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, dalam sesi soal jawab lisan, beliau memberitahu, sebanyak 10,214 sekolah di seluruh negara dilengkapi capaian jalur lebar internet dengan kelajuan 30 hingga 100 megabit sesaat (Mbps).

Radzi menambah, jumlah itu termasuk 141 sekolah pedalaman yang dibekalkan dengan talian Very Small Aperture Terminal (VSAT) berkelajuan 30 Mbps mulai Mac lalu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here