[VIDEO] Anak hanya dapat peluk batu nisan ibu

Hanya ketahui kematian ibunya selepas keluar penjara

0
346

TIDAK dapat dibayangkan betapa sedihnya apabila kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya, lebih meruntun lagi apabila mendapat berita itu hanya selepas keluar dari penjara.

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok, Hera Elestra, yang kelihatan seorang lelaki berada di kawasan perkuburan untuk menziarahi kubur arwah ibunya.

Menurut Hera, adik lelakinya itu baru sahaja dibebaskan selepas enam bulan menjalani hukuman di penjara dan sepanjang tempoh di tahanan, dia langsung tidak tahu mengenai pemergian ibu tersayang.

Lelaki itu terus terduduk selepas mengatahui bahawa kubur yang berada di depannya itu adalah milik ibu tersayang. 

Malah, lebih menyedihkan lagi apabila lelaki ini memeluk batu nisan sekuat hati sambil menangis merindui si ibu.

Tambah Hera, selepas membawa adik lelakinya itu ke kubur ibu, dia membawanya pula ke kubur kakaknya yang baru sahaja meninggal 10 hari yang lalu.

Meskipun begitu, mereka sekeluarga kini redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar keluarga ini diberi kekuatan dan ketabahan bagi menempuhi hari-hari yang mendatang. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here