RM2.7 juta kompaun langgar SOP di Terengganu

0
262

JABATAN Kesihatan Terengganu (JKNT) mengenakan kompaun bernilai RM2.7 juta bagi pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sejak Januari lalu.

Pengarah JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata antara kesalahan dilakukan adalah gagal mematuhi SOP ziarah raya merangkumi 15 kes, manakala 11 kes rentas negeri tanpa kelulusan.

Manakala kes pelanggaran SOP yang tidak membabitkan kluster bagi kategori individu adalah sebanyak 837 kes, dan 126 membabitkan kategori perbadanan.

“Jumlah kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggari SOP dalam kawasan kluster adalah sebanyak 59 kes.

“Jumlah kesalahan yang dikenakan kompaun adalah sebanyak 1,048 kes, manakala 10 kes membabitkan pendakwaan,” katanya.

Beliau ditemui media selepas mengadakan tinjauan suntikan vaksin COVID-19 remaja berusia 16 dan 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganum, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Salim Ab Ghani.

Pada program itu, seramai 800 remaja termasuk pelajar tingkatan empat dan lima dari beberapa sekolah menengah sekitar Kuala Terengganu menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer.

Dr Kasemani berkata, Kemaman merekodkan kompaun tertinggi dengan RM1.056 juta, manakala Dungun (RM923,000), Marang (RM127,500), Kuala Terengganu (RM139,000), Hulu Terengganu (RM75,000), Kuala Nerus (RM105,500), Setiu (RM157,000) dan Besut sebanyak RM119,000.

Mengulas mengenai pencapaian aktiviti pematuhan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Ekonomi (PPN) bermula Jumaat lalu, Dr Kasemani berkata, sebanyak 24 kes kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan membabitkan nilaian kompaun berjumlah RM49,500.

Sebanyak 22 kompaun dikeluarkan atas kesalahan menaiki kenderaan melebihi seorang di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), masing-masing satu kompaun dikeluarkan atas kesalahan ingkar perintah kuarantin dan gagal mendaftar dalam aplikasi MySejahtera. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here