Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
563 guru di Johor tolak vaksin -

563 guru di Johor tolak vaksin

SERAMAI 563 guru di Johor masih menolak untuk menerima suntikan Vaksin Covid-19 dengan memberikan pelbagai alasan, termasuk faktor kesihatan.

Daripada jumlah itu, 200 guru yang enggan divaksin tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi masih tidak berganjak dengan pendirian mereka walaupun sudah dinasihatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, berkata, majoriti daripada mereka adalah guru wanita, termasuk yang sedang hamil kerana bimbang suntikan vaksinasi akan menjejaskan kandungan serta kesihatan mereka.

“Ada guru wanita yang hamil bimbang suntikan itu akan memberi kesan dan kita tidak paksa mereka. Namun, guru wanita berkenaan berjanji untuk mengambil suntikan vaksin selepas bersalin sekali gus menegaskan bukan antivaksin.

  • “Daripada jumlah 563 itu, seramai 200 guru lagi yang enggan divaksin tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan namun masih enggan berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Program Imunisasi Kebangsaan Bagi Vaksinasi Pelajar Sekolah Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya, Johor Bahru, hari ini.

Bulan lalu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mendedahkan seramai 779 guru di Johor menolak untuk divaksinasi.

Susulan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dilaporkan mengadakan pertemuan dengan mereka bagi mencari penyelesaian isu itu di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini, pada 27 Ogos lalu.

Sementara itu, Mazlan berkata, bagi 200 guru itu yang masih ingkar dan menolak untuk divaksin, pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan lanjut.

Namun katanya, pendekatan berhemah dengan memberi penjelasan dan penerangan berkenaan vaksinasi akan terus dilakukan dalam usaha memberi kefahaman yang jelas kepada mereka.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan guru yang enggan divaksin itu amat kecil iaitu kira-kira satu peratus daripada 48,000 guru yang terdapat di Johor.

Dalam pada itu, beliau menjunjung kasih dengan keprihatinan Tunku Mahkota Johor yang sanggup bertemu guru yang enggan divaksin itu.

“Kita lihat selepas perjumpaan Tunku Ismail jumlah guru menolak vaksin berkurangan dan perjumpaan ini menampakkan kesannya.

“Tunku Ismail semasa pertemuan itu berkongsi pengalaman, suasana (mengambil vaksin) dan memberitahu persepsi dan pendapat baginda sendiri,” katanya. – SB