Op Benteng:15 PATI baru mendarat diberkas

0
209

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SERAMAI 15 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang baru mendarat di tepi pantai sekitar Ladang Kurnia, Kota Tinggi awal pagi ini, tidak sampai satu jam tidak sempat pergi ke destinasi masing-masing apabila ditahan cekup pihak berkuasa.

PATI warga Indonesia yang terdiri daripada enam lelaki dan sembilan wanita berusia antara 18 hingga 48 tahun itu ditemukan Tentera Darat Malaysia (TDM) semasa melakukan pemeriksaan di kawasan itu.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan memberitahu, pada mulanya anggota petugas pos pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan pada jam 1 pagi.

Seorang daripada 15 PATI warga Indonesia yang berjaya ditahan dalam Op Benteng

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) bagi melaksanakan penjejakkan.

“Menerusi serbuan pada jam 1.30 pagi berjaya menangkap 14 individu dipercayai PATI sedang bersembunyi di tepi pantai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi PATI turut ditahan sekitar jam 9.30 pagi berhampiran lokasi yang sama.

Menurutnya, nilai rampasan berjumlah RM6,984 melibatkan matawang Indonesia 3,018,000 (RM884) bersama-sama 12 buah telefon bimbit.

Anggota petugas pos pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan pada jam 1 pagi sebelum menahan 15 PATI

Semua PATI katanya, ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru.

Beliau memberitahu, laporan telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Katanya, pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) serta bantuan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here