18,702 guru dilantik secara one-off Jun lalu

0
249

SEBANYAK 86.7 peratus kekosongan guru sekolah di seluruh negara telah diisi melalui pengambilan seramai 18,702 guru secara one-off pada Jun lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) tersebut dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang mengendalikan lantikan.

Menurut beliau, calon bagi mengisi kekosongan itu mengutamakan graduan yang mempunyai kelayakan iktisas pendidikan, sama ada dari universiti awam (UA) atau institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Berdasarkan data sehingga semalam, ada 21,564 kekosongan guru di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara.

“Susulan pengambilan ‘one-off’ pada Jun lalu, ada baki 2,862 yang akan diisi menerusi proses lantikan biasa dan dilaksanakan secara berterusan oleh SPP,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai kriteria utama pemilihan guru seramai 18,000 orang dan keperluan sebenar kekosongan warga pendidik di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here