[VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sah bergelar suami isteri selepas 2 bulan berkenalan

0
1194

PASANGAN selebriti, Zizi Kirana, 36 dan Yusuf Bahrin, 29, selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri, hari ini, sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mesra mereka.

Tiada butiran rasmi mengenai majlis perkahwinan itu namun difahamkan majlis akad nikah diadakan sekitar pukul 10 pagi di sebuah masjid di ibu negara.

Bagaimanapun, Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil membuat siaran langsung menerusi akaun Instagramnya berkongsi momen indah majlis itu.

Menerusi video itu, pasangan mempelai mengenakan baju rona hitam dan songket bertenun warna keemasan.

Sebelum menamatkan sesi siaran langsung itu, Yusuf yang meledak menerusi drama Sweet Dreams itu mengharapkan semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan untuk mahligai rumah tangga yang baru dibinanya.

“Alhamdulillah, saya selamat diijabkabulkan dengan Zizi. Saya harap semua peminat dapat mendoakan perkahwinan kami diberkati dan diterima Allah SWT,” ujarnya.

Zizi kelihatan cukup ceria sepanjang sesi ‘ live’ itu turut mendambakan perkara yang sama daripada pengikutnya.

“Moga dapat mendoakan yang terbaik dan maafkan segala salah silap serta kekurangan yang ada,” katanya.

Zizi dan Yusuf berkenalan ketika menjalani sesi rakaman program All Together Now Malaysia, dua bulan lalu.

Kemesraan pasangan berkenaan mencuri perhatian ketika tampil dalam IG Live, baru-baru ini apabila Yusuf secara berseloroh memanggil Zizi dengan gelaran sayang hingga tular dalam aplikasi TikTok.

Begitu juga Zizi meninggalkan komen bertulis Habibi bermaksud ‘kesayanganku’ dalam bahasa Arab, selain menulis CHK dipercayai bermaksud ‘cinta hatiku’.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here