[VIDEO] RANGKUMAN BERITA KHAMIS, 17 SEPTEMBER 2021

0
430

Berikut adalah rangkuman berita menarik di SatuBerita.My pada 17 September 2021. 

Siri kejayaan polis merampas dan menumpaskan sindiket dadah menghiasi laporan hari ini. Di Tawau, Sabah, tiga lelaki tempatan ditahan berhubung kes rampasan 303.15 kilogram syabu bernilai lebih RM10 juta di Kampung Batu Payung.

Suspek berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun itu, ditahan antara 7 hingga 10 September lepas di sekitar Tawau serta Kunak, dan polis turut menyita dua buah kenderaan. 

Di Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor merampas dadah bernilai RM1.03 juta hasil selepas melakukan tujuh serbuan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri dan menahan 10 lelaki tempatan.

Sementara itu, turut menarik perhatian ialah kisah sedih dua beradik yang meminum air paip dan diberi makan oleh penjual burger dikenali sebagai Hafiz atau dikenali sebagai “Chef Single”, 

Gelagat dua beradik yang terpaksa memanjat belakang sesama sendiri untuk membuka paip air dan meminumnya membuatkan orang ramai tersentuh hati. Ramai yang mendoakan agar Chef Single dan kedua-dua beradik itu dimurahkan rezeki. 

Di Teluk Intan, Perak, seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Amir, 32, yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Tapah mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Dia didakwa atas 10 pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii kepada tujuh pelajar lelaki berusia 14 hingga 16 tahun. 

Perbuatan itu dilakukan di rumah warden sekolah berkenaan antara 28 Julai hingga 29 September 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here