Jangkitan baharu Covid-19 menurun kepada 17,577 kes

0
354

JUMLAH kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan 17,577 kes hari ini, berbanding 18,815 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 2,067,327 kes direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,480 kes diikuti Selangor (2,646 kes); Johor (2,334 kes); Perak (1,596 kes); Sabah (1,533 kes); Pulau Pinang (1,462 kes); Kedah (1,173 kes); Kelantan (869 kes) dan Pahang (832 kes).

“Selain itu, Terengganu mencatatkan 719 kes; Kuala Lumpur (366 kes); Melaka (287 kes); Negeri Sembilan (198 kes); Perlis (41kes); Putrajaya (31 kes) dan Labuan (10 kes),” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here