Covid-19:Johor sedia beralih fasa endemik-TMJ

0
641

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan keyakiann ‘Special Task Force Covid-19’ di peringkat negeri yang ditubuhkan pada September lalu, akan menyumbang kepada penurunan kes Covid-19 di Johor.

Menurut Tunku Mahkota Johor, ini kerana jawatankuasa itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pakar-pakar universiti, swasta, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dapat melawan wabak tersebut dengan lebih berkesan.

“‘Special Task Force Covid-19’ ini dipilih secara inklusif. Kita yakin kes positif akan mula menurun melalui langkah kesihatan awam yang efektif dan penggunaan teknologi terkini,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Special Task Force Covid-19 di peringkat negeri diketuai sendiri oleh Tunku Ismail

Kenyataan Tunku Mahkota Johor itu turut dimuat naik dalam Facebook rasmi miliknya, HRH Crown Prince of Johor.

Pada 9 September lalu, Tunku Mahkota Johor mengumumkan penubuhan Special Task Force Covid-19 berkenaan melibatkan antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan kerajaan negeri.

Jawatankuasa khas tersebut diketuai Tunku Ismail sendiri bertujuan memantau dan menambah baik pengurusan pandemik Covid-19 di Johor.

Mengulas lanjut, Tunku Mahkota Johor berkata, perjumpaan pertama jawatankuasa tersebut diadakan di Royal Polo Club, Johor Bahru hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor; Datuk Dr. Aman Rabu.

Menurut Tunku Ismail, Special Task Force Covid-19 dipilih secara inklusif melibatkan pelbagai pihak

Tunku Ismail berkata, jawatankuasa itu berperanan memantau dan memperbaiki proses yang digunakan bagi sistem menyaring, mengasingkan, mengawasi dan merawat pesakit Covid-19 agar keadaan wabak adalah sentiasa dalam kawalan.

“Pengesanan kontak perlu dipercepatkan supaya ia dilakukan dalam jangka masa 24 hingga 48 jam, dan kadar vaksinasi juga perlu dipertingkatkan.

“Johor perlu bersedia untuk transisi daripada dari situasi pandemik kepada endemik,” ujar Tunku Ismail. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here