[VIDEO] Kejutan PDPR anak murid kepada ustazah

0
304

SISTEM pendidikan negara menyaksikan perubahan besar setelah pandemik Covid-19 melanda negara dan penutupan sekolah telah memaksa guru, murid, dan ibu bapa mengadaptasi kepada persekitaran baru menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Namun, penat lelah guru di era norma baharu ini tidaklah dilakukan tanpa penghargaan seperti yang dapat disaksikan dalam satu video tular baru-baru ini.

Jadi, bagi menghargai jasa guru, tindakan sekumpulan murid yang tular di Tiktok membuatkan ramai sebak.

Video yang tular itu memaparkan seorang ustazah menitiskan air mata kerana terharu dengan kejutan yang dibuat oleh anak muridnya sewaktu kelas PdPR.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @aris_2486, ustazah itu pada mulanya menyangkakan beliau menghadapi masalah internet kerana tidak mendengar suara anak muridnya malahan para pelajarnya juga tidak menunjukkan wajah.

Namun beliau kemudian dikejutkan dengan suara semua anak muridnya yang serentak mengucapkan selamat hari jadi buatnya.

Ustazah tersebut terkejut dan nampak begitu gembira dan terharu dengan ucapan kejutan tersebut yang diberikan oleh anak-anak muridnya.

Video berdurasi seminit 4 saat itu telah mendapat tontonan lebih 3 juta penonton di Tiktok.

Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih dan terharu atas kejutan dan reaksi tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here