[VIDEO] Cik B tak setuju Mama kahwin lagi, dedah hubungan dengan Iqbal renggang

0
298

JUTAWAN kosmetik terkenal tanah air, Datuk Seri Vida sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk menamatkan zaman janda dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal serta mengakui dirinya serius untuk berkahwin dan mungkin jodohnya sudah tiba.

Namun, keputusan itu tidak dipersetujui oleh anak perempuannya yang terkenal dengan gelaran Cik B kerana merasakan jurang umur antara mereka yang agak jauh dan meragui motif sebenar Iqbal berhasrat untuk berkahwin dengan ibunya.

“Jauh di sudut hati, saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal umur 25 suka orang tua. Mesti ada sebab,” katanya ketika ditemu bual oleh Melodi semalam.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, turut mendedahkan sikap ibunya yang cepat mempercayai orang apabila sedang bercinta.

“Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukuplah saya dengan Kacak. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Cik B turut mendedahkan hubungannya dengan Iqbal tidak begitu baik dan renggang kerana seringkali bergaduh.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa.

“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri,” katanya.

Remaja itu turut menambah bahawa selama ini dia menyangkakan kontroversi perkahwinan ibunya itu hanya strategi pemasaran semata-semata sebelum menyedari perkara itu adalah serius.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pula. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

Bagaimanapun, dirinya tetap mendoakan ibunya gembira sekiranya sudah ditakdirkan jodoh ibunya bersama Iqbal serta turut sempat menitipkan pesanan buat ibunya agar menilai niat mana-mana lelaki yang mendekati dirinya terlebih dahulu sama ada kerana cinta atau sebaliknya. –SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here